Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2011

CATATAN SEORANG AKU

          Detik dan waktu sentiasa sahaja berlari. Berdesup tanpa menoleh walau sekilas ke belakang. Namun aku masih lagi keciciran di sini. Tertinggal dalam suatu relung masa yang sentiasa menghimpit serta melemaskan. Aku ingin berlari mengejar waktu yang sebenar. Kerana relung masa ini telah lama bemberi kepahitan dalam hidup. Aku ingin keluar dari kesengsaraan kenangan. Sesuatu yang tertinggal bersama mimpi yang sentiasa menghalang perjalanan....
     Sering aku berharap....seandainya ada keajaiban terundurnya masa, atau setidaknya terhentinya barang seketika sesuatu yang bernama masa itu.... Pasti akan kujejaki laluan yang pernah meninggalkan aku dahulu. Kan kuhulurkan tangan untuk dipimpin agar mampu berlarian seriringan bersama masa! Akan kuperbaiki kesilapan lalu. Akan kutinggalkan penderitaan lalu. Penderitaan yang pernah malah sering membelenggu kehidupan.....
     Akan berlakukah? Akan berundurkah masa? Akan mampukah aku berlari mengejar setiap detik yang berlalu? Akan...... Aku bermimpi sebenarnya. Bermimpi atau mengimpikan sesuatu yang bukan milik. Dan bila tersedar aku pasti masih begini. Masih lagi di sini........

Wednesday, December 15, 2010

HEZEMO: catatan seorang aku

HEZEMO: catatan seorang aku: "Terlanjur mencintaimu, lagu dari kumpulan Fair...... hahhh... sedang berkumandang lagu itu. indah lagu itu namun seperti mengundang suatu ke..."

HEZEMO: catatan seorang aku

HEZEMO: catatan seorang aku: "hari ini....... esok....... lusa...... kelmarin yang pijar...... hari ini yang suram. esok yang masih suram. hidup tidak ubah seperti pita r..."

HEZEMO: jangan lupakan

HEZEMO: jangan lupakan: "yang penting aku memang senang dengan lagu ni... seolah olah seperti ada suatu aura yang mampu menghidupkan segala memori silam. aku bahagia..."

Sunday, June 27, 2010

hahahaha

tak kan nak sedeyh jew kan? asyek nak maen perasaan jew. sesekali kena gelak gak... hari ni mood mcm baek jew. kenape ek? entah..... dua tiga ari ni mcm besh jew. duit kat kocek tak dew pown, cme cukup-cukup makan sampai akhir bulan jew. kerja pulak makin banyak. penat wooo, tapi ati appy! tak kisah la, yang penting eppy kan? hehhh...

Friday, June 25, 2010

jangan lupakan

yang penting aku memang senang dengan lagu ni... seolah olah seperti ada suatu aura yang mampu menghidupkan segala memori silam. aku bahagia sebenarnya bila diuliti memori bersama.... hahh.... bahagia yang cuma permainan perasaan sengaja kuciptakan. biar sebenarnya itu hanya pembohongan semata. jangan lupakan...... sebenarnya aku telah lama dilupakan walau aku tidak pernah melupakan.........

Friday, June 11, 2010

catatan seorang aku

hari ini....... esok....... lusa...... kelmarin yang pijar...... hari ini yang suram. esok yang masih suram. hidup tidak ubah seperti pita rakaman yang diulang main. esok, lusa, tulat.... dan sepertinya aku sudah tahu apa yang berlaku seterusnya. sama saja seperti hari ini, semalam, kelmarin..... dan mungkin andai ada bezanya hari esok, lusa dan tulat berbanding hari ini, semalam dan kelmarin..... entahlah!!!... mungkin ketika itu aku sudah tiada di sini dan juga mungkin aku sudah pergi meninggalkan jejak walau tidak bertapak di alam ini...... hurmmmmmm......... (imjas)